CERITA JENAKA


CERITA PAK KADUK















Pak Kadok tinggal di negeri Chempaka Sari di mana raja negeri itu bergelar Indera Sari. Baginda cukup gemar menyabung ayam. Pada suatu hari, Raja Indera Sari mahu adakan pesta menyabung ayam dan Pak Kadok hendak mengambil bahagian d
alam pesta itu. Penduduk sering berkata ayam sabung Pak Kadok, Biring Si Kunani itu bertuah kerana ayam itu pasti menjadi juara. Pak Kadok membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar untuk ke pesta itu. Walaupun Pak Kadok miskin tetapi dia tetap suka bergaya. Mak Siti Segera menggunting baju dan seluar kertas itu. “Tak usahlah dijahit, pakai pelekat saja,” kata Pak Kadok.
Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu dan selepas siap Pak Kadok pun memakai baju dan seluar kertas itu. Di atas kepalanya Pak Kadok memakai tengkolok helang menyonsong angin. Pak Kadok nampak bergaya sekali dan tampak kacak seperti juara yang mahir dalam hal sabung-menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani dan menuju ke gelanggang raja untuk menyabng ayam dengan raja.
Pak Kadok pun dititah mengadap sebelum bermula. Baginda bertitah, “Hai Pak Kadok, mari kita bertukar ayam. Ambillah ayam beta ini, elok, cuba lihat romannya jalak putih mata, dan ayam Pak Kadok, Biring Si Kunani sahaja tiada berapa tuahnya,” titah baginda pula. Pak Kadok terharu mendengar kata-kata baginda itu maka tanpa berfikir panjang Pak Kadok pun setuju bertukar ayam dengan baginda raja. Baginda begitu gembira kerana dapat ayam Pak Kadok kerana baginda tahu ayam itu ayam yang bertuah.
Maka titah baginda, "Hai Pak Kadok, apakah taruhnya kita menyambung ayam ini?"
Pak Kadok pun berkata, "Ampun Tuanku patik bukanya berharta yang patik ada cuma perkampungan patik saja. Maka jika tidak keberatan izinkan patik gadaikan kampung untuk taruhan kali ni."
Baginda pun bersetuju dengan taruhan Pak Kadok itu. Masing-masing pun melepaskan ayam. Bermula sabung menyabung antara Biring Si Kunani dan Jalak Putih dengan sengit sekali. Jalak Putih cuba untuk membalas serangan dari Biring Si Kunani tetapi tewas juga, Jalak Putih tersungkur di tengah gelanggang.
Melihat situasi tersebut Pak Kadok bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kadok terlupa yang dia telah bertukar ayam dengan baginda tuanku dan kerana melompat-lompat terlalu kuat, baju dan seluar kertas Pak Kadok habis koyak-robak.
Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kadok bertelanjang bogel di tengah gelanggang dan kerana berasa amat malu dia terus lari pulang.
“Malang Pak Kadok, ayam menang, kampung tergadai!” baginda titah.



                           CERITA PAK PANDIR YANG LAIN.....  >_<



Pak Pandir naik helikopter

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

Kedai Pak Pandir kene rompak

Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah RM100 ribu ringgit. Seorang pemberita Mazidul akmal dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut yg bernama Pak Pandir..

Mazidul: Berapakah kerugian yang pakcik alami kerana rompakan ini?

Pak Pandir: Rasa-rasanya seratus ribu lebih tapi, tapi masih untung lagi la...

Mazidul: Macammana pulak pakcik boleh kata masih beruntung....?

Pak Pandir: Saya masih untung kerana rompakan itu berlaku hari ni bukan semalam...

Mazidul: Habis tu apa bezanya semalam atau hari ini ..???

Pak Pandir: kerana hari ni kita ada bagi diskaun 50% untuk semua harga barang..kalau semlm harga takde diskaun lagi...

Mazidul:

Pak Pandir dengan hartanya

Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide, ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu memasang papan peringatan dengan tulisan yang sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".

Pak Pandir dengan wartawan utusan

Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan utusan merapu datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini..aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir.
wartawan..

Pak Pandir dgn ikan haruan

Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor ikan haruan di pasar borong selayang. Apabila pulang ke rumah dia Mak Andeh menyiang ikan tersebut. Ketika sedang menyiang........

Mak Andih: Oii bapaknya! Mcmmana nak siang ikan ni? Hidup lagi nih.
Pak Pandir: Apa susahnya tu??
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis plak.
Pak Pandir: Tu pun nak kecoh ke? Rendam saja dalam air bagi ikan tu lemas. Sekejap lagi mati ler??
Mak Andih:???

Pak Pandir naik kapal terbang kali ke 2

Alkisahnya..
hebohlah satu kampung..
Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Kieran dlm pagi di era.. ,
walaupun hanya kelas ekonomi..
tapi bagi pak pandir..
itu sudah cukup mengembirakanya..

dipendekkan cerita..
hari dijanji telah tiba..
pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..

kapal terbang sampai..
pak pandir pun naiklah..

masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.

sebelum kapal terbang berlepas..
pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas..

sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..

dengan budi bahasa pramugari tu tegur.
"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pak cik pindah duduk dibelakang.."
"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa dah kat sini.."
*mana tak selesanya.. bisnes klass..
mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..
sakit kepala..

pilot yang menunggu lama nak berlepas..
bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..

dia pun keluar tengok..
pramugari sorang tu cerita..

pilot tu pun pi lah kat pak pandir..
"pak cik.. boleh tengok tiket?"
pak pandir kasi tiket..

"oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"yer nak... "
"taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
"yerker nak.. nasib baiklah anak bagitau.."

Pak Pandir beli TV

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

Pak Pandir minta cuti

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...

Pak Pandir naik kapal terbang

Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar..."







No comments:

Post a Comment